Program Jangan Skip Sahur' Raikan Petugas Barisan Hadapan UPM | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Program "Jangan Skip Sahur' raikan petugas barisan hadapan UPM

Program "Jangan Skip Sahur' raikan petugas barisan hadapan UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Izrul Abdul Jabar

 

 

 

SERDANG, 14 Mac- Universiti Putra Malaysia melalui Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) bersama Kesatuan Kakitangan Am (KEPERTAMA) menjalankan program ‘Jangan Skip Sahur' dengan menyumbang pek makanan bersahur bagi menghargai staff yang bertugas pada syif malam untuk kesejahteraan masyarakat dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM).

Antara petugas barisan hadapan berkenaan termasuklah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM, Pusat Polis Bantuan dan Keselamatan Universiti (APSeC) UPM dan juga Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM.


Pengarah WAZAN UPM, Haris Dahlan, berkata, usaha ini untuk menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan serta memastikan setiap petugas menikmati makanan sahur walaupun sedang sibuk bertugas pada waktu malam demi masyarakat.


"Petugas barisan hadapan ini sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam memastikan kesejahteran masyarakat dan warga UPM.

 


Sementara itu,Ketua Jururawat HSAAS UPM, Nurul Syuhada Syafinaz Abd Halim, berkata, beliau sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada WAZAN UPM kerana menyumbang makanan bersahur kepada staff hospital.


''Kami nak cari makanan bersahur di sekitar sini tiada kedai yang masih buka, sumbangan ini dapat memudahkan kami untuk bersahur sambil menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat, ujarnya.


WAZAN UPM telah mengagihkan sebanyak 700 bungkus makanan untuk bersahur kepada petugas barisan hadapan di UPM pada 12 dan 13 Mac baru-baru ini.

 

 


Sementara itu, Pengarah Urusan (COO) UPM, Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria, berkata sumbangan berkenaan sangat bermakna kepada pihaknya dan memberi semangat kepada petugas barisan hadapan untuk menjalankan amanah yang diberikan.

Date of Input: 14/03/2025 | Updated: 14/03/2025 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
T.2025/3/15:6:59:12~noCache