UPM Fokus Terokai Idea Kreatif Dalam Hala Tuju Pendidikan Tinggi | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM fokus Terokai Idea Kreatif dalam Hala Tuju Pendidikan Tinggi

UPM fokus Terokai Idea Kreatif dalam Hala Tuju Pendidikan Tinggi

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

SERDANG, 28 November - Universiti Putra Malaysia (UPM) anjur Forum Hala Tuju Pendidikan Tinggi sempena Festival Idea Putrajaya 2024 (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) membincangkan hala tuju masa depan pendidikan tinggi serta menerokai idea kreatif semalam.

 

Forum Sidang Selari 2 yang bertajuk ‘Future Higher Education Roadmap’ dengan tujuan mencari pendekatan baru dan inovatif dalam pendidikan tinggi bagi memastikan ia relevan dengan perkembangan semasa.

 

 

 

 

Mantan Menteri Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, kita perlu menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti lebih tinggi dan sudah tentu pendidikan tinggi di Malaysia perlu beradaptasi dengan cabaran global yang semakin kompleks.

 

“Pendidikan tinggi di Malaysia perlu membina impian serta menjadi yang terbaik dalam mengekalkan kedudukan dengan memberikan kebolehcapaian kepada semua kerana ia bukan sahaja tentang bilangan pelajar yang masuk ke universiti, tetapi lebih kepada kualiti pendidikan yang disediakan.

 

“Saya ingin menjadikannya sebagai Misi 2020, dimana 20 tahun dari sekarang, kita perlu berada dalam kedudukan ‘Top 20’ supaya dapat melihat perubahan serta perkembangan semasa,” katanya.



Naib Canselor UPM,  Prof. Dr. Dato’ Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, melalui pelan tindakan, UPM sebenarnya memainkan peranan penting dalam menganjurkan, pemudahcara serta penulisan yang baik kerana hampir 50 penulis dari universiti yang membantu dalam usaha ini.

 

“Salah satu penghasilan terbesar yang saya harapkan daripada ‘blueprint’ baharu ini adalah  penghormatan terhadap pendidikan tinggi perlu dikembalikan, kerana pendidikan berkualiti mampu membentuk masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.

 

“Pada akhirnya, saya tahu bahawa kita perlu berpegang kepada visi untuk menghasilkan pemimpin masa depan yang bukan sahaja bijak, tetapi juga mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam dunia pendidikan dan industri,” katanya.



Turut hadir, Pengerusi IOI Group, Tan Sri Peter Chin Fah Kui, Provost Sunway University, Prof. Dr. Abhimanyu Veerakumarasivam dan Timbalan Pengerusi (Wilayah Asia), Majlis Perundingan Wanita, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamarudin.

 

 

Date of Input: 28/11/2024 | Updated: 28/11/2024 | aghniya

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
T.2024/11/28:16:47:07~noCache