Article Summary
Media tanaman untuk pucuk paku boleh menggunakan campuran tanah, pasir dan bahan organik seperti kompos atau baja tinja (tahi) ayam yang telah diproses. Penggunaan campuran tanah, bahan organik dan cocopeat/sekam padi juga sesuai untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pastikan tanah mempunyai saliran air yang baik supaya air tidak bertakung.
Oleh: Mahani Amat@Halimi, Pegawai Pertanian Kanan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM
Sering kali dilihat di pasar-pasar harga sayur dan ulam-ulaman mengalami peningkatan harga yang ketara kerana sukar untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal. Jadi, masyarakat yang tinggal di bandar boleh menanam sayauran dan ulaman dirumah.
Aktiviti penanaman sayuran di rumah boleh menyumbang kepada sumber makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran dan import serta dapat mengurangkan tekanan kepada rantaian bekalan makanan negara, terutama ketika berlaku gangguan seperti perubahan cuaca, bencana alam, atau krisis ekonomi.
Contohnya, penanaman pucuk paku di rumah adalah satu langkah kecil tetapi berimpak besar dalam menyokong keterjaminan makanan negara. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan kesan kenaikan harga dan kekurangan bekalan sayur-sayuran tetapi juga meningkatkan keupayaan isi rumah untuk menghasilkan makanan yang sihat, selamat, dan berterusan.
Pucuk Paku (Diplazium esculentum) atau nama lainnya pakis sayur, paku tanjung, atau sayur paku dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan sejenis sayuran kampung hijau yang sangat digemari di Malaysia.
Jika di kawasan kampung, lazimnya kita mudah untuk menjumpai pucuk paku ini di kawasan belukar, tepi sungai, tepi parit atau tepi tali air terutama di kawasan tanah pamah yang lembap atau di tanah gambut.
Manakala di kawasan bandar pula amat sukar ditemui secara semulajadi dan ianya lebih mudah ditemui di pasar seperti Pasar Tani, pasar malam, pasar borong atau pasar pagi.
Sebenarnya, pucuk paku juga boleh ditanam di kawasan rumah dengan persekitaran yang sesuai seperti keadaan habitat semula jadi pucuk paku yang sentiasa lembap, redup, tidak kena cahaya matahari secara langsung, tanah yang subur, gembur dan kaya dengan bahan organik.
Benih pucuk paku boleh diperolehi daripada dua kaedah utama iaitu menggunakan rumpun anak pokok pucuk paku atau menggunakan spora (biji) yang terdapat di bahagian bawah daun pucuk paku matang.
Penanaman menggunakan rumpun pucuk paku adalah kaedah paling mudah dan cepat. Manakala kaedah spora memerlukan masa yang lebih lama kerana spora perlu dikumpulkan dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum disemai dan pertumbuhan pucuk paku dari spora agak lambat berbanding kaedah menggunakan rumpun.
Media tanaman untuk pucuk paku boleh menggunakan campuran tanah, pasir dan bahan organik seperti kompos atau baja tinja (tahi) ayam yang telah diproses. Penggunaan campuran tanah, bahan organik dan cocopeat/sekam padi juga sesuai untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pastikan tanah mempunyai saliran air yang baik supaya air tidak bertakung.
Cara Menanam Pucuk Paku
Pucuk paku boleh mula dituai selepas 1-2 bulan selepas penanaman bergantung kepada penjagaan dan kaedah menanam yang digunakan. Pucuk paku perlu kerap dipetik atau dituai bagi merangsang pertumbuhan pucuk baru dan ianya perlu dituai secara berkala.
Date of Input: 18/02/2025 | Updated: 18/02/2025 | syamilakamarul
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA